Tuesday, May 7, 2013

Kalah bukan pengakhiran sebuah perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 7hb mei 2013...
Aku memulakan tugas seperti biasa di pejabat..cuba melupakan detik pahit yang berlaku semalam...tapi hati ini terlalu sayu untuk menerima kenyataan...
Sepanjang perjalanan pulang ke 'bandar canggih', hati ini sangat sebak...diam seribu bahasa..cuma sesekali tersenyum melayan kerenah anak-anak buah yang sentiasa aktif...

Setibanya di 'bandar besar', aku menelefon mr.A memaklumkan ketibaan aku dan meminta beliau menjemput aku di rumah kaklong...beliau menyatakan beliau akan datang menjemputku selepas maghrib...

Pukul 8.40mlm, mr.A tiba di rumah kaklong.aku mengajaknya singgah dahulu..wajahnya juga tidak ceria seperti biasa...mungkin dia juga merasai apa yg aku rasa...selepas makan dan bersembang dengan kaklong dan abanglong, kami meminta diri untuk pulang...

Di dalam kereta kami tidak banyak bercakap seperti biasa...sebak dalam hati ini terlalu berat untuk ditanggung..masing-masing meluahkan kekecewaan...kami cuba menerima berita ini sepositif mungkin...ternyata ujian Allah untuk hamba yg dikasihiNya sangat hebat..tetapi terkadang hati ini teringat akan pengkhianatan yang berlaku..keadilan yang sedang hilang pergi...mr.A meluahkan kekesalannya terhadap badan 'berkecuali' yang pada pengamatan kami telah hilang kekecualiannya...'abang sedih untuk satu perkara, tapi sayang sedih kerana tanah air sayang jatuh di tangan 'melayu'...bersyukur la tanah air abang masih di bawah pemerintahan islam',jelasku padanya...dia diam...
'selepas ni tiada lagi kelas mengaji di 'rumah besar' itu.tiada lagi papan iklan dengan tulisan jawi.tiada lagi perempuan bertudung sebagai model iklan.tiada lagi program 'Lantunan Mahabbah Rasulillah' di stadium...ujarku sebak..

Mr.A memberitahu tayar kereta waja di rumah pancit..aku sudah mengagaknya dari sebelum pulang ke kampung lagi...cuma tidak sangka ianya akan berlaku..kereta waja diparking di bawah apartment semasa kami pulang ke kampung kerana kami pulang dengan kawan..aku terus memintanya untuk menanggalkan sticker 'pulangkan hak kami' di cermin pintu belakang.dia merasa pelik melihat aku...aku tersenyum.'bukan sayang nak berhenti perjuangkan hak kita.tapi sememangnya kita terlalu kerdil untuk melawan kuasa besar di negara 'demkorasi' ini....mr.A terdiam.akhirnya dia menurut saja.

Setibanya di rumah, kami memutuskan untuk tidak lagi membincangkan perkara ini...kami mengambil keputusan untuk terus memperbaiki diri sendiri..berusaha menjadi islam yang sebaik mungkin.demi keluarga yang bakal kami bina...in shaa Allah...

P/s:ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...