Wednesday, June 10, 2015

Beautiful women in my life

 
Setiap hari adalah ujian...
hari-hari mengadap ujian memang kadang-kadang sampai hilang sabar.
kenapa kita didatangkan ujian?
yerr...kerana Allah sayangkan kita...Allah nak bagi pahala pada kita...tapi kalau kita gagal ujian tu bala lah jadinya...huhu
 
aku bukan jenis yg boleh terima ujian lebih.
jenis manusia yang tak berapa penyabar.
cepat melatah dengan percaturan hidup sendiri.
negatif.
bersangka buruk.
buruk perangai.
dan lain-lain lagi yang sama waktu dengannya.
 
tapi Allah maha penyayang
dalam Dia bagi aku ujian Dia bagi aku kekuatan.
bukan dari dalam tapi dari luar.
Kekuatan2 ini yang membantu aku setiap kali aku kalah dalam percaturan hidup sendiri.
 
MAK.
wanita yang melahirkan aku.
semua orang ada mak. Lebih bertuah lagi bila dibesarkan oleh mak sendiri
Alhamdulillah mak aku masih sihat dalam rahmatNya.
mak aku garang.tegas.disiplin.puntual.rajin mengemas.malas masak.kuat membebel.kuat semangat.pemurah.baik hati.rajin mengaji.mulut laju.dia ja betul kami salah.penyayang tapi tak pandai tunjuk.protective.
 
Everytime ada problem aku akan cari mak untuk mengadu even aku taw satgi dia akan bebel sepanjang2nya kat aku. tapi bebelan dia yang penuh nasihat tu la yang buat aku kuat dan boleh berfikir dengan rasional. tiada rahsia between aku ngan mak. Kami memang boleh sembang. Mak suka nak menang dan aku akan bagi ja dia menang. bukan rugi pun kan bagi mak sendiri menang..hehe.. 1 thing about mak aku yang aku rasa terharu sangat is even dia sangat suka marah kami adik beradik, tapi dia akan back up kami walau apapun masalah yang sedang kami hadap. she always b in our side. aku pasan benda ni masa ex aku cuba nak buruk2kan aku lepas aku mintak putus dulu. aku yang risau mulanya lega lepas mak cket pun x amik port ape benda yg mamat tu ceta. masa tu bersyukur sangat dan rasa mak aku is d best. Sampai hari ni mak masih lagi pendengar dan penyelesai masalah aku yang setia. 
 
KAKLONG.
kakak aku satu mak ayah lain.
kakak tiri la klu org cakap.tapi kami punya relationship mcm adik beradik kandung. maybe sebab kami baik dari kecik.kaklong aku baik orangnya.tak macam aku. Dia memang kakak yang terbaik untuk aku n adik aku. lepas dia ada anak aku perasaan dia punya perangai da semakin macam mak. cuma part suka menang tu kaklong agak bertolak ansur la...hehehe.yang lain tu sama ja kut...hahaha....tapi bila part menyelesaikan masalah hidup aku, kak long lebih supportive. lepas mengadu masalah kat dia aku akan rasa lebih lega. mungkin sebab kami hidup dalam zaman yang sama. So dia lebih memahami  dan nasihat dia lebih rasional berbanding mak.
 
ALONG.
sepupu aku.
lepas arwah wan meninggal dia da jd part of my family. setiap kali raya dia akan balik rumah mak aku. mak aku suka gila kalau dia balik raya rumah kami.sebab along suka masak.nampak permainan mak aku?hehehe... along sangat pandai jaga anak. aku rasa dia jaga dani n adam dengan sempurna..dia memang role model aku bab jaga anak. everytime ammar sakit or whatever aku akan refer pada along dulu..and she come out with so many solution.impress btoi aku ilmu dia bab budak2 ni. macam paediatrician da la...masa ammar masa wad dulu aku keja nak nangis ja..tapi nasib baik ada along. dia yang selalu bagi semangat kat ku.
mak aku bagi semangat gak. tapi macam nak marah.huhu.
 
persamaan along , mak n kaklong is depa punyai hati yng sangat kuat dan tabah. Dan aku takdak yang tu............
sebab tu setiap kali ada masalah aku akan ngadu kat depa.dan depa yang akan tolong pikir. Aku tetap aku...hahaha
Thank you Allah for giving me these beautiful women in my life.
 
 
 
 

p/s: we dun need blood tie to love and be loved. its juz enough to care for each other.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...