Tuesday, May 7, 2013

Kalah bukan pengakhiran sebuah perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 7hb mei 2013...
Aku memulakan tugas seperti biasa di pejabat..cuba melupakan detik pahit yang berlaku semalam...tapi hati ini terlalu sayu untuk menerima kenyataan...
Sepanjang perjalanan pulang ke 'bandar canggih', hati ini sangat sebak...diam seribu bahasa..cuma sesekali tersenyum melayan kerenah anak-anak buah yang sentiasa aktif...

Setibanya di 'bandar besar', aku menelefon mr.A memaklumkan ketibaan aku dan meminta beliau menjemput aku di rumah kaklong...beliau menyatakan beliau akan datang menjemputku selepas maghrib...

Pukul 8.40mlm, mr.A tiba di rumah kaklong.aku mengajaknya singgah dahulu..wajahnya juga tidak ceria seperti biasa...mungkin dia juga merasai apa yg aku rasa...selepas makan dan bersembang dengan kaklong dan abanglong, kami meminta diri untuk pulang...

Di dalam kereta kami tidak banyak bercakap seperti biasa...sebak dalam hati ini terlalu berat untuk ditanggung..masing-masing meluahkan kekecewaan...kami cuba menerima berita ini sepositif mungkin...ternyata ujian Allah untuk hamba yg dikasihiNya sangat hebat..tetapi terkadang hati ini teringat akan pengkhianatan yang berlaku..keadilan yang sedang hilang pergi...mr.A meluahkan kekesalannya terhadap badan 'berkecuali' yang pada pengamatan kami telah hilang kekecualiannya...'abang sedih untuk satu perkara, tapi sayang sedih kerana tanah air sayang jatuh di tangan 'melayu'...bersyukur la tanah air abang masih di bawah pemerintahan islam',jelasku padanya...dia diam...
'selepas ni tiada lagi kelas mengaji di 'rumah besar' itu.tiada lagi papan iklan dengan tulisan jawi.tiada lagi perempuan bertudung sebagai model iklan.tiada lagi program 'Lantunan Mahabbah Rasulillah' di stadium...ujarku sebak..

Mr.A memberitahu tayar kereta waja di rumah pancit..aku sudah mengagaknya dari sebelum pulang ke kampung lagi...cuma tidak sangka ianya akan berlaku..kereta waja diparking di bawah apartment semasa kami pulang ke kampung kerana kami pulang dengan kawan..aku terus memintanya untuk menanggalkan sticker 'pulangkan hak kami' di cermin pintu belakang.dia merasa pelik melihat aku...aku tersenyum.'bukan sayang nak berhenti perjuangkan hak kita.tapi sememangnya kita terlalu kerdil untuk melawan kuasa besar di negara 'demkorasi' ini....mr.A terdiam.akhirnya dia menurut saja.

Setibanya di rumah, kami memutuskan untuk tidak lagi membincangkan perkara ini...kami mengambil keputusan untuk terus memperbaiki diri sendiri..berusaha menjadi islam yang sebaik mungkin.demi keluarga yang bakal kami bina...in shaa Allah...

P/s:ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Saturday, February 2, 2013

Family day BKP

Selamat malam sume...

Baru je lepas bbq....da kenyang tapi tak leh tido plak...penatnya rasa...semalam baru balik dari penang...hari ni da datang PD plak...aishhh...

Buat pa kat PD ni??haaa...opiz en hubby wat family day kat PD...kitorang stay kat Ancasa All Suites....kitorang kongsi apartment ngan family 1 lg...kitorang sampai tadi pun da lewat...sampai2 ja budak2 lain da berendam dalam kolam da sume...tanpa buang masa kitorang pun g check in...salin baju trussss turun bawah mandi kolam jugak...hehe..tp aku tak leh mandi sebab tidak menepati etika berpakaian mandi di kolam renang...huhu...tengok je la en hubby mandi bersama kawan2nya...mandi pun tak lama sangat sebab kolam tutup pukul7.

Pukul 7.45 ada bbq...keje aku time nie mmg makan je la...en hubby tukang amik makanan...sambil makan2 tu ada gak yang berkaraoke..tp aku tengok tak ramai sangat pun yang datang...bos pun xde...so macam xmeriah sangat la...

Selain tu ada lucky draw...no bertuah aku 1041....dapat la voucher 30hingget..bleh la belanja time pergi jusco...

Lepas makan kenyang aku ajak en hubby jenjalan kat tepi pantai...pastu amik gambar kat sekitar apartment..pastu.....da tak taw nak buat apa...en hubby kelihatan bosan yang amat nyata...kitorang lepak ja kat lobby hotel...then nek atas masuk bilik..en hubby tengah tengok tv...aku kat sini la....kat blog ni hah...

Esok punya aktiviti pun aku tak taw g...

P/s:bosan rupa nya family day...huhu...patut opiz aku tak pernah wat family day...(padahal xdak bajet...hehe)

Wednesday, January 9, 2013

Berabuk n bersawang!

Salam allz...
Selamat hari wilayah utk penduduk kuala lumpur labuan dan putrajaya..

Missss a lot kt blog aku nih...lama dah tak jenguk...huhu..kesibukan melanda diri ini..status diri pun da berubah...dulu tunang org..skang da jadi bini org...alhamdulillah jodoh aku ngan mr fashran ke jinjang pelamin jugak akhirnya...in shaa allah berkekalan ke akhir hayat hendaknya..

Da lama tak menulis kat sini jadi tak taw nak start apa dulu....aku rasa kita start len la cerita-cerita untuk tahun nie...yang tahun-tahun lepas biaq la noh...orang cakap barang yang lepas jangan dikenang..hehe...(padahal da tak taw camna nak sambung da cerita-cerita yang terkandas di tengah jalan tu kan)...kira halal je la noh... :)

So harapan aku kali ni nak jadikan blog ni tempat berkongsi pelbagai cerita,pengalaman,ilmu dan apa-apa saja..hope aku akan rajin mengUpdate blog aku nih...

Sekian....daaa....

P/s:aku duk syok men instagram la nie...lets picture speak :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...