Thursday, August 27, 2015

musibah di hari gaji


25 hb ogos 2015

Hari yang ditunggu-tunggu...
Hari yang membahagiakan untuk kakitangan awam...
Hari yang semua orang tersenyum2 pagi2 hari...
Pagi2 da beratur kt ATM.....haha

Seronok kan hampa....aku taw da...aku pun salah sorang daripada hampa...haha

Tapi...
Petangnya
Tidak disangka2...
Musibah menjelma.

Kereta kami dilanggar semasa balik dari kerja.
Ya Allah...ujian apakah ini...
Tak sampai sehari seronok dapat gaji.
Petang hari tengok kereta kemek sana sini..


Hurmmmm...

Apalagi nak dikata
Benda da nak jadi
Takdak sapa mintak nak kena langgar

Mana datang ntah la kereta dari belakang tiba2 merempuh kami..

Tapi alhamdulillah..
Kami suami isteri selamat.

Rasa nak marah pun ada sebab tiba2 plak orang langgar
Padahal keta kami sedang berhenti sebab traffic light merah di depan.
Yang melanggar pulak bukan Malaysian.
Dia ingat ni Pakistan agaknya.

Hurmmm...

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.
Nak marah pun tak guna
Benda da nak jadi

Redha ajalah.
 Allah lebih mengetahui segalanya

P/s: sabarlah duhai hati...Allah sedang menguji hambaNya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...