Tuesday, December 13, 2011

Apa yang perempuan ingin dalam hubungan?



Wanita ingin Lelaki memahami mereka:
Ramai wanita impikan lelaki yang mampu membaca fikiran mereka. Tetapi malangnya kebanyakan kita bukanlah pembaca minda yang baik. Jadi lelaki yang ingin memenangi cinta seorang gadis mestilah pandai berkomunikasi dan menjadi pendengar yang baik apabila si dia bercakap. Cuba untuk mengenali kehendak, kepentingan, hobi dan perkara-perkara lain mengenai dirinya. Seorang wanita sememangnya sukakan penghargaan dan sokongan daripada pasangannya.



Wanita ingin Lelaki Jujur kepada mereka:
Wanita mengharapkan kejujuran dari seorang lelaki. Tidak ada wanita yang boleh menerima pembohongan dari pasangannya. Wanita selalunya mempunyai instinct yang baik. Mereka dapat mengesan jika pasangan mereka menipu. Menipu boleh merosakkan hubungan dan amat sukar untuk untuk seorang wanita membina semula kepercayaan terhadap pasangannya. Sebaliknya, jika anda setia dan jujur ​​kepada taman wanita anda, dia merasa dilindungi dan tenang.



Wanita ingin lelaki mencintai mereka:
Wanita ingin tahu dan merasakan bahawa mereka dicintai. Curahkanlah kasih sayang kepada teman wanita anda dengan cara memberinya hadiah, keselesaan dan gerak isyarat. Wanita tidak mengharapkan kekayaan atau kesempurnaan anda. Mereka cuma inginkan perhatian dan kasih sayang anda.



Wanita ingin lelaki menghormati mereka
Wanita sangat suka jika lelaki memanggil mereka dengan nama-nama manja atau mesra. Seperti lelaki, wanita juga mahu lelaki menghormati pendapat mereka, kerjaya, minat, rakan-rakan, 



Wanita mahu pasangannya memberikan komitmen dalam hubungan: 
Wanita tidak mahu lelaki mengambil kesempatan ke atas mereka atau mengambil mudah perkara-perkara berkaitan mereka. Kebanyakan wanita mencari lelaki yang sudi berkongsi segala-galanya dengan mereka. sharing is caring kan... Jika anda adalah lelaki yang sudah bersedia memberi  komitmen seperti yang dimahukan pasangan, percayalah anda telah berikan kebahagiaan kepada pasangan anda itu.

Penah dengar orang cakap 'what u give, u get back'. kalau anda mahu pasangan anda melayan anda dengan baik, anda juga haruslah melakukan perkara yang sama okay.

I do believe " wanita sOlehah hanya untuk lelaki yang soleh"


p/s: aku xnak cari kebahagiaan, aku nak bina sendiri kebahagiaan tue...bley x?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...