Monday, December 12, 2011

Cinta & Masa

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah pulau di mana semua perasaan tinggal bersama: Kebahagiaan, Kesedihan, Pengetahuan, dan semua yang lain, termasuk Cinta. Satu hari ada perasaan mengumumkan bahawa pulau itu akan tenggelam. Maka mereka semua mula membina bot masing-masing dan ingin meninggalkan pulau itu, kecuali Cinta.

Cinta adalah satu-satunya perasaan yang masih tinggal. Cinta mahu bertahan sehingga saat yang terakhir.

Namun apabila pulau itu hampir tenggelam, Cinta memutuskan untuk meminta bantuan.

Cinta ternampak Kekayaan di dalam bot besar. Cinta berkata,
"Kekayaan, bolehkah kamu membawa saya bersama-sama?"
Kekayaan menjawab, "Tidak, saya tidak boleh membawa kamu bersama saya. Terdapat banyak emas dan perak di dalam bot saya. Tiada tempat untuk kamu di sini. "




Cinta memutuskan untuk bertanya Sia-sia yang menaiki kapal yang indah. "Sia-sia, tolonglah saya!"
"Saya tidak dapat membantu kamu, Cinta. Kamu semuanya lembap dan mungkin akan merosakkan bot saya, "jawab Sia-sia.



Cinta menghampiri Kesedihan dan bertanya, "Kesedihan, biarlah saya pergi dengan anda."
"Oh. . . Cinta, saya begitu sedih dan saya ingin bersendiri! "

Kebahagiaan yang dicipta oleh Cinta, juga tidak dapat membantu, dia begitu gembira sehingga dia tidak mendengar semasa Cinta memanggilnya.

Tiba-tiba, ada suara mamanggil, "Marilah, Cinta, saya akan membawa anda." Perasaan itu adalah lebih tua. Maka dengan perasaan yang terlalu gembira Cinta pun mengikutnya, Cinta juga terlupa untuk bertanya kepada perasaan yang lebih tua itu, ke mana mereka akan pergi. Apabila mereka tiba di tanah yang kering, perasaan yang lebih tua itu telah pergi tanpa Cinta sedari. Menyedari bertapa dia telah terhutang budi kepada perasaan yang tua itu, Cinta telah berjumpa dengan Pengetahuan iaitu perasaan tua yang lain.

Cinta bertanya kepadanya, "Siapakah yang telah membantu saya?"
"Ia adalah Masa," Pengetahuan menjawab.
"Masa?" Tanya Cinta. "Tetapi mengapa Masa membantu saya?"
Pengetahuan tersenyum dan menjawab dengan bijaksana, "Kerana hanya Masa yang mampu memahami betapa berharganya Cinta."




p/s : kredit to Mr. Aliff  (^_~)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...