Thursday, January 5, 2012

Wanita yang ku kasihi

Setelah 21 tahun berumah tangga kini aku telah menemui cara baru untuk menjaga cinta ini.

Suatu masa lalu, aku telah keluar bersama wanita yang paling ku kashi atas permintaan isteriku.
"Sayang tahu abang sayangkannya," katanya pada satu hari, aku terkejut.
"Tetapi abang sayangkan sayang," Aku membantah.
"Sayang tahu, tetapi abang juga sayangkannya."
Wanita lain yang isteri aku maksudkan ialah ibu ku, yang telah hidup bersendirian selama 19 tahun selepas kematian ayah, Namun tuntutan kerja dan keluarga telah membuatkan aku jarang melawatnya. Malam itu aku menelefon dan mengajak ibu untuk keluar makan malam.
"Kamu tidak sihatkah. Mengapa tiba2 ajak ibu keluar dinner," dia bertanya. Ibu aku adalah jenis yang akan curiga jika menerima panggilan lewat malam atau jemputan mengejut. Dia merasakan itu adalah tanda-tanda berita buruk.
"Saya teringin nak luangkan masa dengan ibu. saya rindukan ibu," aku membalas.
"Hanya kita berdua?." Dia berfikir seketika, kemudian berkata, "tentulah ibu nak."
Hari Jumaat selepas kerja, aku terus memandu ke rumah ibu. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Aku jadi gugup. Apabila aku tiba di rumah ibu, aku lihat ibu sedang menunggu di depan pintu. Ibu sgt cantik pada hari itu. Dia memakai pakaian yang paling istimewa untuk keluar bersama ku. Dia tersenyum berseri.
"Ibu bagitahu kawan-kawan ibu yang ibu akan keluar dengan anak ibu," katanya dengan bangga,  "Mereka tidak sabar nak tahu cerita ibu".
Kami telah pergi ke sebuah restoran, walaupun cuma restoran biasa, suasananya sangat selesa. Aku memimpin tangan ibu menuju ke meja makan. Setelah kami duduk, aku terpaksa membaca menu kerana mata ibu agak rabun. Semasa melihat menu, aku mengangkat mata dan melihat ibu duduk di depan memandang ke arah ku. Dia tersenyum.
"Dulu semasa kamu kecil, ibu yang pilihkan menu untuk kamu," katanya.
"Sekarang dah tiba giliran saya melakukan perkara yang sama untuk ibu," Aku membalas.
Semasa makan malam, kami berbual tentang macam-macam perkara. Terlalu banyak yang kami bualkan sehingga sampai waktu untuk pulang.






Setibanya di rumahnya , ibu berkata, "Ibu ingin keluar bersama-sama kamu lagi, tetapi dengan syarat, ibu yang akan jemput kamu nanti". Aku mengangguk bersetuju.
"macammana dinner dengan ibu?" isteri ku bertanya apabila aku sampai di rumah.
"Seronok sangat. Hati abang lebih tenang bila lihat ibu gembira. Abang sangka dia akan marahkan abang kerana mengabaikannya," aku menjawab.




Beberapa hari kemudian, aku mendapat berita bahawa ibu telah meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba. Ia berlaku secara tiba-tiba. Aku sangat sedih kerana tidak mempunyai peluang untuk berbuat apa-apa untuknya.
 

Tidak lama selepas itu, aku menerima satu sampul surat dengan salinan resit restoran dari tempat yang sama ibu dan aku dinner. Satu nota yang dilampirkan berkata: "Ibu telah membayar bil ini terlebih dahulu, ibu hampir pasti yang ibu tidak dapat berada di sana, ibu telah bayarkan untuk dua orang - satu untuk anak ibu dan yang satu lagi untuk menantu ibu. Ibu nak kamu tahu bahawa pada malam kita keluar bersama tu sangat bermakna buat ibu. Ibu sayangkan kamu. "
Saat itu aku mula memahami erti kasih sayang seorang ibu, Luahkan lah sebelum terlambat. Tiada apa yang lebih penting dalam hidup ini selain daripada orang yang kita sayang. Berilah mereka kebahagiaan yang mereka inginkan SEKARANG kerana masa tidak pernah menuggu kita.


p/s: Mak........... ceq sayang mak sgt2!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...