Thursday, March 12, 2015

Mengunjungi taman syurga

Salam buat sahabat2 sekalian...

hari ni 12 Mac 2015 hari khamis....masih lagi menghitung hari untuk pulang ke kampung...lambatnyer nak hujung bulan...rindu di dada sudah membuak2...hendak saja terbang ke kampung halaman yang jauh nun di utara sana...tapi apakan daya...banyak benar kekangannya...
~~~MASA DAN WANG~~~

Pagi ni aku dijemput ke sebuah majlis ilmu...eh dijemput..(macam VIP...kekeke...).pagi ni di pejabat aku ada sesi ceramah bertajuk 'Keluarga bahagia ke arah melahirkan masyarakat yang berintegriti'...
haaa....amik ko panjang benar tajuk ceramah..memandangkan penceramah yang dijemput merupakan pendakwah dan pengacara yang terkenal opkos la aku tak nak lepaskan peluang kan... berbekalkan niat yang suci, murni dan ikhlas untuk menimba ilmu aku pun turun ke surau di mana ceramah diadakan...
jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.15am...'adess da lambat ni'...bergegas aku ke sana takut terlepas walau secebis ilmu...sampai di surau memang ada ceramah.....................tapi ceramah pasal zakat...

aikk...intro penaja barangkali...

tunggu punya tunggu sampai pukul 10am.datang la penceramah yang dinanti iaitu ustazah Siti Norbaiyah dan suaminya ustaz Wan Akashah....manisnya kurma ituuuu....hehehe

pada pendapat aku sedap jugak ceramah depa ni...baguih la ceramah bersama laki bini...banyak jugak ilmu dan doa yang bermanfaat untuk diamalkan...antaranya menjaga hubungan dengan Allah.hubungan dengan ibubapa.hubungan dengan pasangan dan anak-anak.

suka aku tengok cara depa berkasih sayang...bergurau senda...saling memahami...saling memberi dan menerima...menjaga adab dan batas masing-masing apabila bersama public...Anak depa pun ada gak...manis ja macam ustazah...hihihi..

ceramah berlangsung selama 1jam...selepas tamat ceramah depa juga ada promot produk yang depa jual...ustazah bagitahu kenapa dia suka berniaga.katanya 'berniaga itu sunnah rasulullah.rezeki 9/10 juga datang dari berniaga'.sebelum ni aku xminat penceramah yang datang berniaga barang depa..tapi lepas ustazah cakap camtu aku macam 'a ah ek...betul jugak kan...'

ok...aku pun terbeli la 2 mende nih..CD n kopi SENYUM... :-)
 
p/s: kat luar surau td pun ada kaunter zakat oleh PPZ.aku p tanya macam mana and brapa nak kena bayaq zakat?dia tanya pendapatan kasar and perbelanjaan aku.calculate2 pastu dia cakap 20hingget..tapi tak bayar pun xpa lagi ni katanya sebab pendapatan aku belum melepasi syarat sebenar.tapi nak bayar pun xdak masalah.aku sengih2 sambil tanya balik 'maksudnya saya tak wajib lagi la yek'...sengih ja budak kaunter tu kat aku...'saya tunggu naik gaji dulu la yer' sambil menyerahkan kembali borang potongan zakat tu...(rasa nak lempang muka sendiri)
 
thanks for reading ('',)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...